Tinggal kenangan…

27307509811552l.jpg

Selamat tinggal….

Satu ayat yg amat sukar untuk digambarkan dengan perasaan bagaimana sedihnya hati aku ni untuk meninggalkan dunia sbg seorang student..Terlalu banyak kenangan pahit manis yang aku tempuhi sepanjang hidup aku sebagai pelajar UiTM..

Paling aku sedih, takkan dapat lagi melihat kerenah kawan-kawan sekelas yang bermacam macam ragam…daripada yg senyap cam dayang ngan along hingga yang selalu memekak cam man ngan mat yang sumernya masih berlegar dalam fikiran aku…sedih rasanya mengenang kembali detik-detik persahabatan yang begitu menarik bagi aku. Walaubagaimanapun, kehidupan harus diteruskan… kepada semua bebudak kelas aku… selamat berjaya hendaknya..semoga kalian semua mencapai kejayaan dalam hidup.. please, keep contact each other key? peace, one love!


Friend4eva…
amien–man–matyang–joe–ayien–sue–syira–biey–ainal–gee–yunie–along–yam–atul–emma–suzy–enie–nurul–alin–ila–fizah–wani–andak–ida–irun–dayang

[Post by Amien: http://amien7.wordpress.com/2006/08/15/tinggal-kenangan/]

Mutiara kata buat sahabat [B34 / 04-06]

Persahabatan yang sejati akan membawa kepada kerinduan yang abadi

Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat…
dan yang paling rugi ialah yang ditinggalkan oleh sahabat

Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul daripada percintaan
Tanpa persahabatan, percintaan akan berakhir
Tetapi tanpa percintaan, sahabat boleh kekal
Oleh itu, hargailah persahabatan yang terjalin

Kerana sahabat mewakili suatu kekuatan

Sahabat yang paling baik adalah
Diri kita yang sendiri tahu menilai setiap apa yang kita lakukan

Hadiah yang beharga dalam erti kata sahabat yang sebenar
Adalah memberi yang terbaik dari diri anda sendiri

Bergaullah dengan manusia sebaiknya
Sehingga kalau kamu mati mereka tangisi
Dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu

Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemsesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan

(Credit to: Andak Rabitah IS223)

Biografi: Azatul Akma

atul.JPG

Nama: Azatul Akma Mat Zin
Nama Panggilan: Atul
Alamat: Jalan Kubur Jelawat, Bachok, Kelantan
E-mail: atul_0203@yahoo.com
Kelas: B34A (2004-2006)
Ulasan:

Atul adalah nama manjanya di dalam kelas. Walaupun nama itu agak manja, tetapi tidak begitu tuannya. Atul di lihat dari kaca mata umum sebagai warga kelas yg agak pendiam. Walaupun begitu, beliau mempunyai ambisi yg bagus ketika dalam perbincangan kumpulan. Belum berkahwin, tetapi statusnya ke’solo’annya belum dapat dipastikan.

Biografi: Andak Rabitah

andak.JPG

Nama: Andak Rabitah Mohd Akashah
Nama Panggilan: Andak
Alamat: Lubuk Merbau, Kuala Kangsar, Perak
E-mail: andack82@yahoo.com
Kelas: B34A
Ulasan:

Kak Andak adalah merupakan senior di dalam kelas kerana beliau telah dilahirkan setahun awal berbanding rakan-rakan yg lain. Beliau adalah seorang yg tegas dan bekerja kuat dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kelas. Berita terkini, beliau telah berjaya menukar status dirinya kepada BERKAHWIN setelah melangsung perkahwinan beliau pada akhir tahun 2006. Tahniah!

Biografi: Fazlin

alin.JPG

Nama: Fazlin Shamsudin
Nama Panggilan: Alin
Alamat: Seksyen 18, 40200 Shah Alam, Selangor
E-mail: fazxxx@yahoo.com
Kelas: B34A (2004-2006)
Ulasan:

Fazlin Shamsudin. Beliau adalah merupakan pelajar yg aktif di dalam dan luar kelas. Keaktifan beliau disifatkan umpama gunung berapi yg meletus. Beliau banyak menyumbang kepada keceriaan dalam kelas dengan cara bersin yg amat menakjubkan. Beliau juga menyandang jawatan sebagai Puteri UMNO yg kurang berjaya mempengaruhi rakan-rakan untuk turut serta. Dan kini beliau berkhidmat di Universiti Putra Malaysia sebagai Pegawai Perpustakaan. Sungguh murah rezeki beliau. Beliau juga telah berumahtangga dengan jejaka pilihannya yang juga merupakan seorang student se-UiTM dengan beliau.

Biografi: Ku Safina

Nama: Ku Safina Ku Ismail
Nama Pangilan: Ku
Alamat: Perumahan Taman Universiti, Universiti Utara Malaysia, 06010, Sintok Kedah
E-mail: eifin5352_smile@yahoo.com
Kelas: B32B
Ulasan:

Suka menyakat orang… suka gelak kan orang… suka gelak²… sensitif dan cepat nangis… Beliau ni merupakan pelajar dari kelas A. Tak kisah la, janji kita sekapal. Beliau ingin berterima kasih pada semua lecturer yang sudi mengajarnya sehingga beliau berjaya menjadi librarian di UPM.

Biografi: Dayang Ilenadiah

dayang.JPG

Nama: Dayang Ilenadiah Awang Damit
Nama Panggilan: Dayang
Alamat:Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Selangor
E-mail: N/A
Kelas: B34A
Ulasan:

Dayang, merupakan seorang yang kekadang senyap, kekadang bising-bising di dalam kelas. Merupakan salah seorang dayang istana yang terlepas masuk ke UiTM. Jika dinilai daripada namanya, besar kemungkinan ramai berpendapat beliau merupakan warga Sabahan ataupun Sarawakian, tetapi bila dilihat alamatnya ternyata meleset. Beliau merupakan gadis panglima garang, jangan sesekali bermain api dengannya.

Biografi: Ida Hasmina

ida.JPG

Nama: Ida Hasmina Ahmad Tajuldin
Nama Panggilan: Ida
Alamat: Desa Murni Kerdau, Temerloh, Pahang
E-mail: e_daina303@yahoo.com
Kelas: B34A
Ulasan:

Ida adalah merupakan seorang wanita yg berpenampilan ala-ala muslimah sejati dengan pemakaian tudung labuhnya. walaupun begitu, beliau adalah merupakan orang yg paling menakutkan di dalam kelas kerana mempunyai kebolehan luarbiasa menge’pow’ duit rakan-rakan sekelas sebagai kutipan duit kelas. Ini kerana beliau adalah seorang bendahari yg terhormat. Rakan-rakan pasti akan berpura-pura tidak mengenalinya jikalau beliau meminta duit kelas.

Biografi: Kamaruzzaman

man.JPG

Nama: Kamaruzzaman Soaid
Nama Panggilan: Man
Alamat: Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, Selangor
E-mail: cafelette83@yahoo.com
Kelas: B34A
Ulasan:

Papa rap yang paling sporting di abad ini… cayalah…Tahap kepimpinannya terserlah dengan kejayaan menjadi ketua pengarah program kesihatan yang dianjurkan oleh kelas. Beliau kini telah berumahtangga ketika di zaman universiti dan telah memperoleh dua orang cahayamata yang mirip wajah manisnya. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasik bukan?

Biografi: Mohd Aminuddin

Nama: Mohd Aminuddin Mat Jidin
Nama Panggilan: Amien
Alamat: Bukit Naga, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
E-mail: amien_x7@yahoo.com.my
Kelas: B34A (2004 – 2006)
Ulasan:

Seorang yang berjiwa katun (tu lah yang sesuai untuk karaktornya) dan hampir menamatkan zaman bujangnya… hahaha… 🙂 Walaupun begitu, beliau tetap menjadi mangsa kemarahan ramai rakan-rakan kerana suka meng’superimpose’ gambar-gambar mereka menggunakan skill Adobe Photoshop tahap 7 petala langit beliau.