Program Marilah Membaca @ Politeknik

Program Marilah Membaca anjuran para pelajar IS223B merupakan satu program yang diadakan bagi memberi kesedaran betapa pentingnya budaya membaca dalam hidup semua insan. Program ini telah dilaksanakan di Politeknik Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Advertisements

Pembentangan assignment

Inilah dia salah satu kelas yang kami ikuti di UiTM Puncak Perdana dulu. Masa ini diadakan sesi pembentangan assigment oleh semua ahli kelas IS223/B. Pembentangan secara berkumpulan semacam ini memang seronok terutamanya apabila melihat telatah masing-masing yang penuh dengan gaya tersendiri semasa membuat pembentangan. Memang nostalgia. Layan je la.

Memori Puncak Perdana

Ini pula merupakan panorama UiTM Puncak Perdana, tempat kami semua menuntut ilmu dari tahun 2004 sehingga 2006. Disinilah segala penat lelah, pahit jerih, suka duka yang kami semua telah lalui sebagai seorang pelajar. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana setelah berjuang menuntut ilmu tanpa mengira penat lelah, semua kami akhirnya berjaya memperolehi segulung Ijazah.